Bazar Ramadan Putrajaya: 1,000 alasan untuk datang lagi dan lagi! | The Reporter

Bazar Ramadan Putrajaya: 1,000 alasan untuk datang lagi dan lagi!

Sumber gambar: YouTube Warong Hunter

Bila dah masuk bulan puasa, memang tak sah kalau tak singgah bazar kan? Bazar Ramadan kat Malaysia ni bukan setakat tempat nak beli makan je tau. Ia macam tempat lepak santai, borak-borak dengan kawan-kawan sambil menikmati pelbagai jenis makanan yang ada.

Dari lauk-pauk Melayu yang klasik, sampai lauk Cina, India, dan macam-macam lagi, semua ada kat bazar ni. Memang takkan kecewa lah kalau datang sini.

Antara bazar yang paling ramai orang pergi kat Malaysia ni adalah bazar Putrajaya. Selain dari jadi tempat pentadbiran, Putrajaya juga jadi tempat pilihan orang ramai untuk berbuka puasa sambil lepak-lepak tepi tasik atau kat padang Dataran Putrajaya.

YouTube: Warong Hunter
FB: Perbadanan Putrajaya
FB: Perbadanan Putrajaya

Bazar yang kat Presint 3 tu ada lebih dari 1,000 jenis makanan tau!

Kalau rasa nak makan manis-manis, ada macam-macam kuih muih tradisional yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Kalau nak makan berat macam nasi pulak, jangan risau sebab ada banyak pilihan nasi seperti nasi kerabu, nasi lemak, nasi briyani dan banyak lagi.

YouTube: Warong Hunter
YouTube: Warong Hunter
YouTube: Warong Hunter
YouTube: Warong Hunter
YouTube: Warong Hunter
YouTube: Warong Hunter
YouTube: Warong Hunter
YouTube: Warong Hunter

Selepas seharian berjalan di Bazaar Ramadan mencari juadah berbuka, apa lagi yang lebih menyegarkan daripada mandi dengan Safi Antibac Shower? Dengan aroma segarnya, anda pasti akan merasa lebih segar dan terlindung. Jadi, jom kita kekal terlindung dengan Krim Mandian Antibakteria Safi yang membasmi 99.9% kuman.

Kekal terlindung ketika membeli juadah berbuka! #SafiMalaysia #SAFIShower

Related Posts