Bazar Kelate Jeligho 25 di Mesir, pengubat rindu perantau Malaysia | The Reporter

Bazar Kelate Jeligho 25 di Mesir, pengubat rindu perantau Malaysia

Jeligho 25
Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok bidi_hurairah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kehidupan sebagai perantau membuatkan individu akan teringatkan pelbagai kenangan di negara sendiri. Seperti kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Pelbagai kenangan yang dirindui terutama sekali makanan dan minuman di Malaysia lebih-lebih lagi apabila tibanya musim Ramadan. Namun, kerinduan itu pasti terubat jika terdapat jualan atau bazar yang menjual makanan dan produk Malaysia.

Seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini, walaupun tidak sebesar bazar-bazar Ramadan di Malaysia, namun suasana di bazar Kelate di Jeligho 25 yang terletak di Mesir sangat meriah.

Suasana meriah dengan suara penjual yang memanggil pelanggan dengan menggunakan loghat Kelantan itu seolah mengubat kerinduan mereka berada di negeri mereka sendiri.

Pelbagai juadah makanan yang dijual termasuk juadah makanan tradisional Kelantan. Apa yang menarik, rata-rata penjual terdiri daripada golongan lelaki.

Difahamkan, juadah makanan yang dijual dimasak sendiri oleh mereka yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti.

Rata-rata memuji usaha yang dianjurkan oleh Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) demi mengembalikan kenangan buat pelajar-pelajar di sana.

Related Posts