Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Bayi sulung kepada pempengaruh, Marissa Damia, yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.
Menurut laporan Harian Metro, Marissa yang sedang hamil enam bulan, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut ketika menghadiri sebuah acara pelancaran produk bersama suaminya, Aslam.
Malangnya, bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan pra matang dan tidak dapat diselamatkan.
Bayi tersebut telah selamat dikebumikan pada keesokan harinya dan hanya keluarga terdekat yang mengetahui tentang kejadian ini.
Marissa juga telah memuat naik gambar makanan berpantang di Instagram Story, menunjukkan beliau sedang melalui proses pemulihan.
Marissa sebelum ini mengunci mulut mengenai spekulasi kehamilannya yang tular di media sosial. Namun, berita ini telah mengesahkan segala spekulasi tersebut.