Bayi perempuan berusia 2 bulan meninggal dunia di taska terkenal, bapa dakwa pengasuh warga asing melakukan kecuaian - The Reporter

Bayi perempuan berusia 2 bulan meninggal dunia di taska terkenal, bapa dakwa pengasuh warga asing melakukan kecuaian

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia semasa berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa, Qaseh Aulia Faizul, baru dua hari dihantar ke taska tersebut.

Bapanya, Faizul Ali Adam berkata, dia menerima panggilan daripada pihak taska yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri dan mukanya pucat kebiruan telah dikejarkan ke sebuah hospital di Kota Damansara.

Sebaik saja tiba di hospital, Faizul dimaklumkan bahawa anaknya telah meninggal dunia dipercayai disebabkan oleh kegagalan pernafasan, seperti yang dimaklumkan oleh pegawai perubatan.

Faizul juga mendakwa beliau ada meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan dan mendapati ada unsur kecuaian yang dilakukan oleh pengasuh dipercayai warga asing itu semasa menjaga anaknya dalam keadaan berbedung.

Satu laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut.

“Sesungguhnya kami reda dengan pemergian bayi syurga ini. Namun berasa kesal dan terkilan dengan cara pengendalian pengasuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan pihaknya telah menahan pengasuh terbabit yang berusia 40-an untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Saspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama kerana saspek yang berkahwin dengan orang tempatan, mempunyai anak kecil.

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!