Bayi 15 bulan maut dipercayai didera ibu dan teman lelaki di premis kedai | The Reporter

Bayi 15 bulan maut dipercayai didera ibu dan teman lelaki di premis kedai

Pasangan kekasih diiringi polis ke mahkamah berkaitan kes kematian bayi perempuan 15 bulan
Pasangan kekasih dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Alor Gajah bagi permohonan reman kes bayi 15 bulan maut dipercayai didera. Kredit gambar: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan selepas dipercayai menjadi mangsa dera oleh ibu kandungnya sendiri bersama teman lelaki wanita itu, dalam kejadian yang berlaku di sebuah premis perniagaan di Bandar Satelit, Pulau Sebang, malam tadi.

Difahamkan, si ibu yang berusia 24 tahun membawa anaknya ke Hospital Tampin sekitar jam 11 malam selepas mendapati bayi itu tidak sedarkan diri. Namun, pemeriksaan perubatan menemui kesan kecederaan serius termasuk lebam di beberapa bahagian tubuh serta pada kawasan sensitif bayi tersebut.

Sumber memaklumkan, sebelum kejadian, wanita terbabit bersama anaknya datang ke tempat kerja teman lelakinya yang berusia 20 tahun, dipercayai seorang pemain muzik, pada petang semalam. Ketika berada di premis itu, wanita berkenaan keluar sebentar untuk membeli makanan dan meninggalkan anaknya bersama lelaki itu.

Baca juga:

Polis dimaklumkan si ibu mendakwa anaknya telah ditidurkan sekitar jam 10 malam sebaik dia pulang semula ke kedai. Bagaimanapun, setengah jam kemudian, bayi tersebut dikatakan sudah tidak memberikan sebarang reaksi ketika dikejutkan untuk pulang ke rumah mereka di Tampin.

Pasangan itu kemudian bergegas membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun bayi malang berkenaan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Mayatnya kini ditempatkan di Unit Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Related Posts