Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelbagai produk kesihatan dijual di media sosial melalui ejen-ejen pemasarannya. Ada produk-produk yang langsung tidak pernah dilihat atau dengar, dengan membuat pelbagai tuntutan bahawa produk mereka bagus, boleh menyembuhkan penyakit dan sebagainya.
Tetapi selamatkah produk berkenaan untuk dimakan, diminum atau digunakan? Dalam dua kes yang dikongsikan oleh pegawai perubatan ini, sedikit sebanyak mendedahkan betapa bahayanya pengambil produk-produk kesihatan yang dijual secara online tanpa diketahui asal usulnya.
SAYA jarang bercerita perihal pesakit sebab saya bukan orang yang selayaknya untuk bercerita. Tetapi hari ini saya nak kongsi sikit sebab saya rasa penting untuk pengajaran kita bersama.
Apabila ditanya pada suami, pesakit ada makan beberapa produk menguruskan badan. Salah satu adalah sibutramine yang sudah diharamkan penggunaannya. Katanya beli daripada kawan dan si isteri itu tahu yang ubat itu adalah berbahaya tetapi tetap dimakan secara sorok-sorok daripada suami.
Bila buat medical investigation, otot jantung pesakit sudah menebal, menyebabkan kegagalan jantung serta komplikasi lain cardioembolic stroke dan kegagalan buah pinggang. Produk yang dia makan buatan negara seberang itu terang-terang dinyatakan ada sibutramine, senang kita kesan.
Di pasaran kita, berlambak-lambak produk menguruskan badan yang mengandungi sibutramine berselindungkan topeng herba, topeng acai beri itu macam mana pula?
Dulu saya pernah cerita tentang ubat tranexamix acid (ubat untuk hentikan pendarahan) dijual secara berleluasa di Facebook untuk memutihkan kulit dan kesan-kesan jangka panjang. Hari ini saya dapat screenshot iklan supplement yang perlu diberikan kepada anak-anak seawal umur enam bulan supaya kulit anak glowing.
Soalan saya, kegilaan apakah masyarakat kita?
Sumber: Afifah Azhari









