'Baru dua hari berhenti vape...' lelaki ini sempat beri pesanan terakhir sebelum meninggal dunia | The Reporter

‘Baru dua hari berhenti vape…’ lelaki ini sempat beri pesanan terakhir sebelum meninggal dunia

Lelaki dirawat di hospital dan ambulans KKM berkaitan kes komplikasi vape
Arwah sempat dirawat sebelum meninggal dunia selepas dua hari berhenti vape. Kisahnya kini jadi peringatan ramai.

Ramai masih anggap vape sebagai alternatif ‘selamat’ berbanding rokok. Namun, hakikatnya kesan jangka panjangnya boleh membawa maut.

Semakin ramai pengguna muda yang mengalami kerosakan paru-paru dan jantung akibat wap kimia yang disedut setiap hari tanpa disedari. Dan kisah Radzi Rock Rider menjadi salah satu peringatan paling menyentuh hati tentang bahayanya ketagihan vape.

Radzi, seorang pesara Tentera Udara berusia 44 tahun dan juga TikToker aktif, berkongsi video terakhirnya sebelum meninggal dunia pada 7 Mei 2025, menceritakan detik hitam yang dihadapinya selepas berhenti menghisap vape.

@radzirockrider

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Membalas kepada @radzirockrider

♬ bunyi asal – RadziRockRide – RadziRockRide

Menurutnya, selepas empat tahun ketagih vape kerana tekanan kerja, dia mula tersedar apabila menonton video kesihatan yang menjelaskan wap vape melekat pada dinding paru-paru, jauh lebih merbahaya berbanding asap rokok.

“Apa jadi bila saya berhenti dua hari? Terus rasa sesak nafas, jantung lemah tinggal 3%,” katanya dalam video tersebut yang dirakam di wad hospital.

Radzi dimasukkan ke wad, ditidurkan dan diberi bantuan oksigen. Paru-parunya dipenuhi cecair kekuningan bercampur nanah yang perlu dikeluarkan.

“Ini air dalam paru-paru saya. Melemahkan jantung sampai tinggal 3%,” jelasnya sambil menunjukkan beg saliran dari tubuhnya.

Tragisnya, dalam bilik wad yang sama, tiga lagi pesakit muda yang semuanya juga pengguna vape meninggal dunia. Hanya Radzi yang masih hidup ketika video itu dirakam. Namun hayatnya tidak panjang dan pemergiannya mengejutkan ramai pengikutnya di TikTok.

“Kepada orang muda, berhentilah sementara masih ada peluang,” katanya sebelum mengakhiri video tersebut yang kini menjadi peringatan terakhir kepada ribuan penonton.

Related Posts