Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sepasang suami isteri di Kuwait mencatatkan sejarah apabila perkahwinan mereka berakhir hanya selepas tiga minit, menjadikan ia salah satu perkahwinan tersingkat dalam rekod.
Menurut laporan portal Indy 100, kejadian ini berlaku ketika pasangan itu baru saja diisytiharkan sebagai suami isteri. Namun, pengantin lelaki dikatakan telah menghina isterinya dengan memanggilnya ‘bodoh’ ketika dia tersandung.
Penghinaan itu menyebabkan pengantin perempuan segera meminta perceraian, dan mereka tidak sempat keluar dari majlis perkahwinan sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Kisah luar biasa ini kemudiannya tular di platform media sosial X, di mana seorang pengguna berkongsi pengalamannya.
“Saya pernah hadir di majlis perkahwinan di mana pengantin lelaki menghabiskan ucapannya dengan memperlekehkan isterinya, seolah-olah itu satu jenaka. Bapanya juga turut serta. pengantin perempuan sepatutnya melakukan apa yang wanita ini buat.”
Seorang lagi pengguna hanya menganggap kejadian itu sebagai “sukar dipercayai”.