'Bapak... Bapak... Jam tangan rosak' - Insan istimewa mengadu pada gambar arwah ibu dan bapanya buat netizen sebak - The Reporter

‘Bapak… Bapak… Jam tangan rosak’ – Insan istimewa mengadu pada gambar arwah ibu dan bapanya buat netizen sebak

Kehilangan orang tersayang dalam hidup memberikan kesan yang cukup mendalam. Tiada lagi tempat untuk dikongsi dan diluahkan hanya gambar sebagai pengganti.

Bagi kita insan biasa, kadangkala tidak mampu untuk menerima kesedihan itu apatah lagi insan istimewa yang tidak mengerti tentang sebuah pemergian dan kehilangan.

Satu perkongsian tular merakamkan seorang lelaki yang merupakan insan istimewa dilihat memegang gambar berukuran pasport ibu dan bapanya sambil mengadu jam tangannya rosak.

@ijanbr

Sayangi kedua ibu bapamu dan jgn sakiti hatinya, kerana dia tidak di ciptakan kedua kalinya.. #ibu #ayah #fyp #foryou #foryoupage

♬ bunyi asal – M.Riduan_Oficial92 – M.Riduan_Oficial92

“Bapak, bapak, jam tangan rosak,” katanya.

Lelaki itu kemudiannya mencium beberapa kali gambar bapanya dan menulis sesuatu di gambar kedua ibu bapanya.

Difahamkan, insan istimewa ini dikenali sebagai Pizi tinggal di Bukit Rambai, Melaka.

Perkongsian ini membuatkan netizen sebak melihat keadaan Pizi yang merindui kedua ibu bapanya. Ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepadanya dengan membelikannya jam baru. Dalam pada itu juga, ada yang mencadangkan agar gambar kedua ibu bapa Pizi dibingkaikan atau dibalut supaya tidak rosak.

https://www.tiktok.com/@ijanbr/video/7370650386102816018?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7368648550219171345

Sumber:ejan arjiejan

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!