Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
PRESTON, ENGLAND – Seorang bapa didapati bersalah atas pertuduhan sengaja membunuh bayi lelakinya yang berusia tujuh bulan dengan penderaan yang memeranjatkan.
Bagaimanapun, barisan juri tidak mempercayai kenyataan Kennedy dan siasatan mendapati mangsa didera kerana lelaki itu gagal memperolehi bekalan kanabis.
Dalam keterangan Kennedy pada 1 Oktober 2015, dia mengatakan pada waktu itu dia tidur dan bila terbangun dia mendapati anaknya sudah tidak bernafas.
Oskar disahkan meninggal dunia pada jam 9.44 pagi, pada hari kejadian.
Pasangan berkenaan bagaimanapun terus meneruskan hubungan mereka sebagai suami isteri sehingga pada Februari 2016, Tia disahkan hamil anak kedua. Namun dua minggu kemudian Kennedy ditahan atas dakwaan membunuh anak pertama.
Tia selamat bersalin anak kedua pada Oktober 2016.











