Seorang remaja perempuan telah membuat laporan polis mendakwa, dia telah dicabul oleh bapa kandungnya sendiri.
Kejadian itu berlaku pada 17 November 2023, semasa berada di tempat kerja lelaki tersebut.
Menurut laporan, bapa mangsa terdahulu memanggilnya masuk ke bilik dan menunjukkan video tidak senonoh kepadanya.
Dia kemudian memaksa mangsa membuka pakaian. Namun mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan lelaki itu terus bertindak menarik rambut dan memaksa mangsa membuka pakaian.
Mangsa mendakwa bapanya telah melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadapnya dengan menyentuh dada dan mencium lehernya.
Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu terhenti apabila rakan sekerjanya mengetuk pintu bilik.
Takut dan trauma dengan kejadian itu, mangsa terus membuat laporan polis pada keesokan harinya di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.
Berdasarkan tinjauan di TikTok mangsa, kes itu telah ditutup dan bapanya telah dibebaskan. Remaja itu memaklumkan dia akan dimasukkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan sementara jika meneruskan kes tersebut.
Sumber: TikTok