Bapa tak mampu bayar bil hospital swasta, mayat bayi ditahan 2 minggu, diletak dalam peti sejuk | The Reporter

Bapa tak mampu bayar bil hospital swasta, mayat bayi ditahan 2 minggu, diletak dalam peti sejuk

Sumber Gambar: Mr Wan Chai Official

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengasas Unit Khas Van Jenazah, mendedahkan seorang bayi yang meninggal dunia telah dibekukan oleh pihak hospital swasta kerana si bapa tidak mampu membayar bil kos rawatan.

Bayi yang dilahirkan pada 24 November lalu didakwa telah ditahan selama dua minggu dan diletakkan di dalam peti sejuk.

“Perkara ini dilakukan kerana si ayah tidak mampu membayar bil bagi caj kelahiran anaknya di sebuah hospital swasta,” katanya.

Mr Wan Chai Official melalui pendedahan di Facebook berkata, bapa kepada bayi berkenaan mengatakan isterinya mengadu sakit sebelum dihantar jirannya ke hospital berkenaan.

Ketika kejadian, lelaki berkenaan sedang bekerja dan bergegas ke hospital sebaik sahaja dimaklumkan mengenai perkara itu.

Menerusi video yang dikongsikan juga, pasukan unit khas van jenazah sedang cuba membersihkan jenazah bayi berkenaan.

“Kami terpaksa menggunakan air panas yang dicampur dengan air paip bagi melembutkan tubuh dan sendi-sendi Wildan Syurga tersebut,” katanya.

Related Posts