Seorang bapa meluahkan rasa kecewa selepas anaknya, murid orang kurang upaya (OKU), didakwa dikasari oleh guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini. Kejadian itu dirakam dalam video yang tular di media sosial selepas dimuat naik oleh bapa mangsa, Farhan Mazlan, semalam.
Dalam rakaman tersebut, kanak-kanak itu dilihat berjalan menuju ke kelas sebelum wanita dipercayai guru melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Hal itu mengundang kemarahan Farhan yang menyaksikan sendiri insiden itu di depan matanya sendiri.

“Apa dosa anak syurga aku sampai kau buat macam ni, cikgu? Anak OKU, kau rentap kepala dia macam tu. Mana hati budi kau sebagai pendidik?” tulisnya dengan nada kecewa.
Farhan turut mendakwa, individu terbabit bermain telefon selepas bertindak kasar, seolah-olah tidak peduli dengan perbuatannya terhadap anaknya.
- Wan Harriz harumkan nama Malaysia, muncul juara Hippo English di Qatar
- Keadaan kerusi Hentian Gua Musang cetus teguran pengguna
- MBS tawar insentif sehingga RM50 penyerahan anjing terbiar
- Tun Mahathir, Siti Hasmah cipta rekod ASEAN dan Asia
- Warga emas maut disambar buaya ketika cari siput, anak saksikan detik tragis
Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mengecam perbuatan guru terbabit dan menasihatkan Farhan untuk membuat laporan kepada pihak berwajib bagi tindakan lanjut.
“Guru sepatutnya memahami keadaan murid OKU, bukan bertindak kasar. Harap siasatan segera dibuat,” komen seorang pengguna Facebook.
Sehingga kini, pihak sekolah belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut.








