Bantuan Awal Persekolahan RM150 diagihkan mulai 13 Januari | The Reporter

Bantuan Awal Persekolahan RM150 diagihkan mulai 13 Januari

Bantuan Awal Persekolahan RM150
Gambar hiasan | Sumber: Johan111

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Pendidikan (KPM) akan memulakan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025 bermula 13 Januari ini.

Menurut kenyataan KPM, pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan murid Tahun 1 sesi 2025/2026 akan menerima bantuan ini mulai 16 Februari, manakala agihan kepada pelajar Tingkatan 6 baharu dijadualkan bermula 1 Julai.

“Kerajaan Madani telah memperuntukkan sebanyak RM791.25 juta untuk bayaran BAP secara sekali bayar (one-off), yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid. Tahun ini, buat kali pertama, pelajar Tingkatan 6 turut menerima inisiatif ini,” menurut kenyataan tersebut.

Agihan bantuan ini akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan beberapa kaedah. Bagi sekolah rendah, serahan tunai diberikan kepada ibu bapa, manakala di sekolah menengah, ia boleh dilakukan kepada ibu bapa atau murid sendiri. Kaedah pengkreditan ke akaun bank murid atau ibu bapa pula dijangka dilaksanakan mulai 2025.

KPM menyatakan bahawa inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan keperluan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan.

“Inisiatif BAP ini menyerlahkan keprihatinan Kerajaan Madani terhadap keperluan pendidikan rakyat,” tambah kenyataan tersebut.

Sumber: Bernama

Related Posts