Bank perlu bayar balik wang mangsa scammer jika cuai - PM - The Reporter

Bank perlu bayar balik wang mangsa scammer jika cuai – PM

Bank bayar balik wang mangsa scammer

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bank perlu membayar balik wang mangsa penipuan (scammer) sekiranya kecuaian institusi kewangan itu dikenal pasti sebagai punca jenayah berlaku.

Beliau menjelaskan, prinsip ini sudah termaktub di bawah Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) Akta 593, termasuk Seksyen 413 yang membolehkan wang mangsa penipuan dipulangkan jika ada bukti kecuaian.

“Jika bank cuai dan tidak memantau mengikut peraturan, bank mesti bayar ganti rugi.

“Prinsip ini juga dipakai di United Kingdom dan relevan untuk negara kita,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, berkaitan soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai tanggungjawab bank dalam kes kecurian wang daripada akaun pengguna akibat kecuaian.

Selain itu, Anwar turut menjawab pertanyaan Suhaizan Kaiat (BN-Pulai) tentang punca peningkatan jenayah penipuan kewangan.

Beliau menjelaskan, kerajaan sedang mengambil langkah proaktif melalui Kajian Setiausaha Perbendaharaan (KSP) bagi memperkenalkan peraturan yang mengikat bank untuk bertanggungjawab sekiranya berlaku kecuaian.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!