Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Apabila tiba bulan Syawal, kanak-kanak merupakan antara orang yang paling gembira. Selain dapat menikmati makanan dan minuman yang sedap, duit raya merupakan perkara yang ditunggu-tunggu.
Seperti menjadi tradisi, pemberian duit raya antara perkara yang tidak luput dek zaman.
Bagaimanapun, pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias menyatakan pemberian duit raya sebolehnya diberikan pada bulan Ramadan bagi mendapatkan pahala berlipat kali ganda.
“Tabiat kita bagi duit raya pada hari raya. Hari raya dah masuk Syawal. Ramadan, pahala dilipatgandakan, bulan berkat.
“Bila kita sedekah waktu raya, pahala balik pada asal,” katanya.
Tambahnya, bulan Ramadan lagi digalakkan untuk bersedekah (pemberian duit raya) terutamanya kepada ibu bapa dan kanak-kanak.
“Kita nak cari pahala yang luar biasa, dan pahala tu ada dalam bulan Ramadan, iaitu yang wajib digandakan 70 kali ganda pahala sunat dapat pahal wajib,” katanya.
Sumber: TikTok