'Bagaimana seorang Sarjan boleh memiliki Alphard, Vellfire, Mercedes?' - Pengarah JSJ Bukit Aman dedah ada pegawai & anggota bersekongkol dengan sindiket jenayah - The Reporter

‘Bagaimana seorang Sarjan boleh memiliki Alphard, Vellfire, Mercedes?’ – Pengarah JSJ Bukit Aman dedah ada pegawai & anggota bersekongkol dengan sindiket jenayah

Sumber gambar : Wikiberg

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mendedahkan masih ada pegawai bawahannya yang bersekongkol dengan sindiket jenayah sehingga sanggup membocorkan maklumat operasi, termasuk mengorbankan nyawa rakan setugas.

Kegiatan itu wujud kerana pegawai yang terlibat dipengaruhi dengan imbuhan wang dari sindiket dan tiadanya pemantauan daripada pihak atasan.

“Dalam erti kata lain, dalam pasukan ini kelak, ada yang sanggup membunuh antara satu sama lain disebabkan duit. Perkara ini berlaku disebabkan tiada penyeliaan di bawah untuk memantau dan melihat cara hidup pegawai dan anggota bawahan mereka.

“Bagaimana seorang sarjan boleh memiliki Alphard, Vellfire, Mercedes? Adakah pegawai atasan mereka atau penyelia bertanya bagaimana boleh memiliki kenderaan mewah? Ada buat pengisytiharan harta?” katanya.

@beritaalhijrah114

“Satu Sarjan boleh pakai Alphard, Vellfire, Mercedes. Ada kau bertanya? Pengisytiharan harta kau ada buat?” tegas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain selain memberi amaran kepada pegawai bawahannya untuk berhenti bersekongkol dengan sindiket jenayah. #beritaalhijrah #beritaalhijrah114 #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fypシ #fyp #pdrm #pdrmmalaysia #polisdirajamalaysia #pengarahjsjbukitaman #datomohdshuhaily #datosrimohdshuhaily #jabatansiasatanjenayah #bukitaman #rasuah #sindiket

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Mohd Shuhaily berkata demikian dalam Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, kelmarin. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua JSJ Kontinjen, Ketua-ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily turut mendedahkan ada pegawai dan anggota dibawah penyeliaan pegawai atasan yang tidak tidak mengambil peduli dengan pegawai dan anggotanya yang membuat benda merapu. Malah ada di antara pegawai atasan yang juga berbuat demikian.

“Ada bos (pegawai atasan) bersama Sarjan pergi beli kereta mewah berdua (hasil imbuhan sindiket), selain turut sama memilih nombor pendaftaran kenderaan mereka. Inilah sebenarnya perkara yang terjadi dalam pasukan,” katanya.

Selain itu, 130 Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah dikenalpasti gagal menjalankan tugas mengikut arahan PDRM. Pegawai berkenaan akan ditukarkan dan tidak akan diberi kenaikan pangkat kerana tidak layak diberi tanggungjawab untuk menyelia pegawai/anggota bawahan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!