Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi dan selebriti, Baby Shima, mendakwa dirinya menerima ugutan bunuh daripada seorang individu di media sosial.
Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi di akaun Instagram rasminya, individu tersebut, Mel Maxpherson Munded, memberi amaran keras dan menggunakan kata-kata berbaur ancaman jika Shima memasuki Sarawak.
Ugutan itu berbunyi, “Lagi u masuk Sarawak!! Hati-hati. Your enemy now M u sudah!! Jangan pulang Melaya dengan mayat saja, ok! Take care Baby Shima.”

Komen tersebut itu jelas memperlihatkan nada ancaman yang boleh mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan Baby Shima.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Shima turut memaklumkan kepada para pengikutnya yang beliau dalam perjalanan ke balai untuk membuat laporan polis.
Shima meminta kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya di Sarawak, untuk menyiasat aduannya itu.








