Baby Shima minum tuak? - The Reporter

Baby Shima minum tuak?

Malam semalam, penyanyi Baby Shima atau nama sebenar, Nor Ashima Ramli, 32, semalam memuat naik video dirinya minum tuak, di Facebook, mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

“Sedap pula air tuak,” tulisnya pada kapsyen video yang juga mengakui kali pertama dirinya meneguk minuman itu.

Tinjauan di ruangan komen, ada individu yang memaklumkan kepada Shima bahawa air tersebut adalah haram diminum oleh oleh orang Islam kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mabuk.

Namun, komen individu berkenaan dibidas oleh netizen lain yang memaklumkan bahawa air tuak yang diminum oleh Shima bukanlah jenis tuak yang memabuk.

“Jangan keliru. Air tuak yang diminum oleh Shima itu adalah air daripada nipah dan bukan jenis memabukkan. Tuak ada dua jenis. Pertama, tuak yang diperbuat daripada beras. Kedua, tuak didapati dari pokok nipah.

“Kalau tuak yang sebenar, dia takkan senyum begitu,” kata netizen yang berasal dari Sarawak.

Dalam masa sama, ada segelintir netizen menasihatkan Shima untuk tidak memuat naik hantaran yang boleh mengelirukan orang yang akhirnya menjadi fitnah terhadap dirinya sendiri.

“Tak perlu netizen berbalah kerana dia sendiri mendatangkan fitnah ke atas diri dia. Bagi kapsyen minum tuak, tapi tidak menjelaskan tuak jenis apakah itu,” kata netizen.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!