Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki memukul dan mengheret isterinya selepas dia menyoal tentang identiti seorang wanita yang dilihat bersama suaminya di sebuah gerai tepi jalan di Sungai Buloh, Selangor.
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menarik kolar baju isterinya dengan kasar sebelum cuba mengheretnya, namun dihalang seorang pemuda yang berada di tempat kejadian. Lelaki itu kemudiannya menyerang pemuda berkenaan sambil memberi amaran agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya.
‘B tu Brother’ — alasan yang buat netizen geleng kepala
Kekecohan semakin memuncak apabila anak saudara si isteri menyoal wanita yang didakwa sebagai skandal tentang panggilan mesra “B” terhadap lelaki itu. Wanita tersebut menafikan dakwaan curang dan menegaskan bahawa “B” hanya bermaksud “Brother”.
Namun, alasan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap jawapan tersebut tidak masuk akal. Ramai turut mengecam tindakan lelaki terbabit kerana sanggup bertindak kasar terhadap isterinya di tempat awam.
- Lelaki Machang berkain pelikat di Tokyo raih perhatian netizen
- ‘Tolong jangan minta lebih-lebih free gifts, dahlah minta full loan’ – SA
- ‘Tolong cari lelaki ini’ – Wanita dakwa dicabul dalam bas
Isteri: ‘Saya hanya mahukan penjelasan, bukan kekecohan’
Mangsa yang juga isteri sah kepada lelaki berkenaan menjelaskan dia datang ke lokasi hanya untuk meminta penjelasan, bukan untuk mencetuskan kekecohan.
“Hati isteri mana tak hancur bila tahu suami bersama perempuan lain. Saya cuma nak penjelasan. Kalau itu pilihan dia, saya sanggup undur diri,” katanya di ruangan komen video berkenaan.
Pasangan itu difahamkan sudah 11 tahun berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: mStar Online, Murai, Oh! Bulan








