AZRB terima kontrak RM315.90 juta naik taraf Istana Abu Bakar - The Reporter

AZRB terima kontrak RM315.90 juta naik taraf Istana Abu Bakar

Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) telah menerima surat lantikan (LOA) daripada Jabatan Kerja Raya untuk projek kerja menaik taraf dan pengubahsuaian Istana Abu Bakar di Pahang bernilai RM315.90 juta.

Kumpulan kejuruteraan dan pembinaan itu berkata tempoh kontrak adalah selama 30 bulan mulai 1 April 2024.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan AZRB.

“Lembaga Pengarah AZRB berpendapat bahawa kontrak itu adalah demi kepentingan terbaik syarikat,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia. – Bernama via Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!