Sebuah pasar raya di Bukit Changgang didakwa menjual ayam mentah yang tidak disembelih kepada pelanggannya, heboh di media sosial sejak semalam.
Menurut pengadu, Fadillah Abdul Kadir berkata, dia menyedari perkara itu ketika mengambil ayam tersebut daripada pasar raya berkenaan yang terletak di Taman Langat.
“Sorry geng, saya di #####. Ayam tebuk. Tolong berhati-hati semua,” katanya dalam video tersebut.
Fadillah turut meminta para pelanggan yang telah membeli ayam mentah di pasar raya itu untuk memeriksa bahagian leher ayam bagi mengelakkan termakan ayam yang tidak disembelih.
Beliau turut menegaskan tindakannya mendedahkan perkara itu di media sosial bukan bertujuan menuduh pihak pasar raya berkenaan tetapi atas tanggungjawabnya sebagai seorang Islam.
“Bukan nak menuduh pihak pasar raya. Sebagai seorang Islam, bila nampak perkara seperti di video, saya wajib beritahu pada yang lain. Jika ada yang sudah terbeli, bahagian leher ayam tiada keraguan, anda boleh nilai sendiri,” jelasnya.
Dalam pada itu, ada seorang pelanggan yang cuba memulangkan ayam mentah tersebut dan meminta wangnya dikembalikan. Namun, respon yang diterima agak mengecewakan.
“Dah bawa ayam itu, nak minta refund. Staff kat situ (tak pasti jawatan apa) dia cakap no refund. Malah dia meminta individu yang menularkan perkara ini pergi buat laporan polis dan beri bukti ayam itu tidak disembelih.
“Dia kata, kalau tidak yakin, tak payahlah makan,” kata Erieyniey.
Sementara itu menurut satu sumber, pihak berkuasa telah membuat serbuan ke atas pasar raya berkenaan. Pegawai yang hadir di lokasi mengesahkan ayam tersebut tidak disembelih.
Sumber: Fadillah Abdul Kadir








