'Awak terpilih buat kebaikan' - Rider dipuji bantu wanita jalan kaki 3 pagi demi roti kegemaran anak autisme - The Reporter

‘Awak terpilih buat kebaikan’ – Rider dipuji bantu wanita jalan kaki 3 pagi demi roti kegemaran anak autisme

Ibu tolak stroller jam 3 pagi
Video tular | TikTok: nxjmxe

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Menguruskan anak autisme memerlukan kesabaran dan pengorbanan luar biasa. Kisah seorang ibu yang keluar mencari roti kegemaran anaknya pada pukul 3 pagi telah mencuri perhatian ramai selepas diceritakan oleh seorang penghantar makanan, Najmi, menerusi TikTok.

Najmi menceritakan, dia terserempak dengan wanita itu yang sedang menolak stroller bersama anaknya ke sebuah kedai. Namun, roti yang diinginkan anaknya sudah kehabisan stok. Najmi yang kebetulan berada di kawasan tersebut, menawarkan bantuan dengan pergi ke kedai lain untuk mencarinya.

@nxjmxe

Kol 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde. Gua ape agi start motor wat pacak gi cari roti kat 7e. Sian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak 🤲🏻 #rider #grab #shopee #grabrider #shopeerider #fypage

♬ original sound – nxjmxe. – 🇲🇾🇾🇪nxjmxe.🇸🇾🇵🇸

“Pukul 3 pagi, tolak anak autisme cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknya nak, tak ada. Saya apa lagi, start motosikal dan pergi cari roti dekat 7-Eleven.

“Kesian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak,” tulis Najmi dalam kapsyen video itu.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen positif daripada netizen yang tersentuh melihat usaha ibu itu serta keikhlasan Najmi membantu dua beranak berkenaan. Ramai yang mendoakan agar wanita tersebut terus dipermudahkan urusan dan Najmi diberkati atas pertolongannya.

Seorang pengguna, Muhammad Mamat, turut berkongsi pengalaman menguruskan anak autisme.

“Anak saya pun autisme juga. Mereka akan makan benda yang sama je. Tapi kita mak ayah ni kena usaha ajar mereka makan macam-macam supaya pemakanan mereka jadi normal macam budak lain. Kena banyak sabar ajar mereka ni,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!