Atlet marathon maut selepas dibakar bekas teman lelaki - The Reporter

Atlet marathon maut selepas dibakar bekas teman lelaki

Rebecca Cheptegei, atlet pelari jarak jauh dari Uganda yang pernah bertanding dalam acara maraton wanita di Olimpik Paris 2024, dilaporkan telah meninggal dunia.

Rebecca sebelum itu dikejarkan ke hospital di Kenya selepas mengalami kecederaan parah. 80% badannya terbakar akibat dibakar oleh bekas teman lelakinya dalam kejadian Ahad lalu.

Menurut laporan, bekas teman lelakinya, Dickson Ndiema, membeli petrol dan menuangkannya ke atas Rebecca sebelum menyalakan api semasa mereka bertengkar.

Ndiema juga mengalami kecederaan akibat terbakar dan kini sedang dirawat di hospital yang sama.

Bapa mangsa, Joseph Cheptegei, terkilan dengan kejadian yang menimpa anak perempuannya itu dan dan berharap agar keadilan dapat ditegakkan.

Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Uganda, Donald Rukare, menyifatkan serangan itu sebagai ‘tindakan pengecut dan tidak bermakna’ yang menyebabkan negara kehilangan seorang atlet hebat.

Dalam pada itu, Menteri Sukan Kenya, Kipchumba Murkomen, juga berjanji untuk memastikan keadilan bagi mangsa. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!