Pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid mulai 21 April 2025 mencetuskan pelbagai reaksi, terutamanya daripada golongan ibu bapa dan netizen di media sosial.
Ramai yang mempersoalkan mengapa arahan itu diumumkan di pertengahan sesi persekolahan, bukan sebelum sesi bermula.
“Kalau dah tengah tahun baru umum, nak jahit kat mana? Anak saya tiga orang dan setiap orang ada lebih dari satu helai baju,” tulis seorang netizen.
Selain itu, isu kos juga menjadi rungutan utama. Ada yang berpendapat inisiatif seperti ini menambahkan beban kewangan, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah.
- Hadi Awang sifatkan perjanjian CSA sebagai pendekatan Dajjal akhir zaman
- 70 hari menanti jawapan, keluarga mangsa di Nepal bergelut teruskan kehidupan
- Lelaki menari pakai uniform PASTI diminta tampil beri penjelasan
- ‘Emcee hebat tahu jaga maruah’ – Pengasas Bawal Exclusive puji Fedtri Yahya
- Lembaga Peperiksaan nafi dakwaan kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
“Kalau kerajaan nak suruh pakai, bagi sajalah percuma. Semua benda sekarang ibu bapa kena tanggung,” komen seorang lagi netizen.
Ada juga yang mempertikaikan keberkesanan langkah itu dalam membentuk semangat patriotik pelajar.
“Baju dah penuh dengan lambang – lencana sekolah, tag nama, sekarang tambah lencana bendera. Macam uniform agensi kerajaan dah,” ujar netizen.
Bagaimanapun, bukan semua netizen menentang. Ada yang melihat langkah ini sebagai usaha kecil untuk menanam semangat cintakan negara dalam diri anak-anak sejak kecil.
“Tak salah pun pakai lencana bendera, sekurang-kurangnya ia satu permulaan untuk ajar anak sayang Malaysia,” tulis seorang penyokong inisiatif itu.
Walaupun niat KPM dilihat baik, reaksi orang ramai menunjukkan ramai yang berharap sebarang pelaksanaan dasar berkaitan murid perlu mengambil kira masa, kos dan impak sebenar terhadap sistem pendidikan.








