'Kami berdiri bersama Iran' – Putera Mahkota Arab Saudi kecam tindakan Israel | The Reporter

‘Kami berdiri bersama Iran’ – Putera Mahkota Arab Saudi kecam tindakan Israel

Putera Mahkota Arab Saudi tersenyum semasa wawancara rasmi
Putera Mahkota Arab Saudi nyatakan sokongan kepada Iran dan dunia Islam susulan serangan Israel | Kredit gambar: Saudi Press Agency via AP

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Putera Mahkota Arab Saudi kecam serangan Israel, anggap ia cubaan heret AS ke dalam konflik
• Arab Saudi nyatakan sokongan terbuka kepada Iran dan dunia Islam
• Panggilan telefon kukuhkan semula hubungan Saudi–Iran pasca 2023
• Putera Mahkota seru penyelesaian diplomatik, bukan ketenteraan
• Dunia Islam digesa bersatu tangani provokasi luar

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, menyatakan sokongan penuh kepada Iran dan dunia Islam susulan serangan Israel ke atas Tehran baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai cubaan untuk mencetuskan konflik lebih besar di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat dalam satu panggilan telefon kepada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, di mana Putera Mahkota mengutuk tindakan Israel dan menyeru kepada penyelesaian secara diplomatik.

Israel cuba heret Amerika ke kancah perang?

Menurut laporan media rasmi Iran dan Saudi, Putera Mahkota berkata, “Israel cuba menarik Amerika Syarikat ke dalam konflik.”

Beliau menyifatkan tindakan Israel sebagai satu bentuk provokasi berbahaya yang boleh memburukkan lagi ketegangan serantau dan mengheret kuasa besar dunia ke dalam peperangan terbuka.

Dalam perbualan itu, beliau turut menegaskan, “Arab Saudi berdiri bersama saudara-saudaranya di Iran dan seluruh dunia Islam bersatu menentang pencerobohan ini.”

Kenyataan tersebut dilihat sebagai langkah luar biasa dari Riyadh, khususnya selepas kedua-dua negara menyambung semula hubungan diplomatik pada 2023.

Tanda kesatuan baharu antara Sunni & Syiah?

Hubungan antara Arab Saudi dan Iran sering kali tegang sejak sekian lama, namun selepas perjanjian damai yang dimediasi oleh China, kedua-dua negara kelihatan semakin selari dalam isu-isu berkaitan kestabilan serantau.

Panggilan telefon itu bukan sahaja menyentuh isu serangan, malah turut menyampaikan ucapan takziah Putera Mahkota kepada mangsa di Iran serta penghargaan kepada kerajaan Iran kerana membantu jemaah haji negara itu dengan baik pada musim haji tahun ini.

Presiden Iran dalam responsnya menyambut baik sokongan Arab Saudi dan menyeru kerjasama yang lebih erat bagi mempertahankan kestabilan dunia Islam daripada ancaman luar. – Agensi

Related Posts