Apple masih tidak dibenarkan jual iPhone 16 di Indonesia walaupun sudah setuju bina kilang bernilai RM4.5 bilion - The Reporter

Apple masih tidak dibenarkan jual iPhone 16 di Indonesia walaupun sudah setuju bina kilang bernilai RM4.5 bilion

Apple tidak dibenarkan jual iPhone 16 di Indonesia

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Apple masih tidak dibenarkan menjual iPhone 16 di Indonesia walaupun telah membuat perjanjian untuk membina kilang tempatan. Menurut Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita, ini kerana Apple belum memenuhi syarat kandungan tempatan yang ditetapkan.

Tahun lalu, Indonesia mengharamkan penjualan iPhone 16 kerana Apple gagal memastikan sekurang-kurangnya 35% komponen telefon pintar tersebut dihasilkan secara tempatan.

Jelas Agus, Apple bersetuju untuk membina kilang bernilai $1 bilion (RM4.5 bilion) yang menghasilkan alat penjejak Airtag di Pulau Batam, serta dijangka mula beroperasi pada tahun 2026. Namun, kilang itu tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kandungan tempatan untuk iPhone.

“Kementerian tidak boleh mengeluarkan sijil kandungan tempatan kerana kilang ini tidak ada kaitan dengan komponen telefon. Hanya komponen telefon akan diambil kira,” tegasnya.

Agus juga berkata, beliau telah berbincang selama dua hari dengan Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan Apple, Nick Ammann. Walaupun Apple mencadangkan pelaburan baharu, Indonesia telah memberikan cadangan balas.

Sejak 2018, Apple telah membuka akademi untuk pembangun aplikasi di Indonesia, tetapi syarikat itu masih belum mempunyai kilang pembuatan di negara yang mempunyai lebih 280 juta penduduk ini.

Sumber: Reuters

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!