Pereka fesyen jelaskan, isu penjualan kereta punca dipukul jurugambar | The Reporter

Pereka fesyen jelaskan, isu penjualan kereta punca dipukul jurugambar

Sumber Gambar: Instagram Razman Razmi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan isu tular yang membabitkan insiden dua pereka fesyen dipukul oleh jurugambar, pereka fesyen Razmi menerusi hantaran di Instagram Stories menjelaskan punca kejadian.

Jelasnya, isu berkenaan bukan berkaitan dengan hutang seperti dakwaan sesetengah pihak, tetapi penjualan kereta Suzuki Swift sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semua orang ingat kami berhutang dengan dia kan? Saya ada jual kereta Suzuki Swift model lama kepadanya. Dia bersetuju membelinya daripada saya secara ansuran dan kemudian barulah saya serahkan kereta.

“Selepas digunakan beberapa minggu, dia telah rosakkan kereta tu dan tinggalkan di tepi jalan dan suruh saya ambil semula. Tetapi dia minta semula wang yang dibayar kepada saya,” katanya.

Razman dan Razmi telah membayar kepada jurugambar berkenaan sedikit demi sedikit memandangkan ketika itu PKP, bisnes mereka terjejas. Jurugambar berkenaan setuju dengan syarat tersebut.

Namun katanya, semasa tempoh berkenaan, Razman terkena serangan jantung.

“Kemudian Razman terkena pula serangan jantung. Bisnes kena buat marketing, malah dalam berurusan kami tidak pernah berkasar dengan orang.

“Saya cakap benda yang baik-baik sahaja. Tak pernah lari daripada sesiapapun, hutang tetap perlu dibayar.

“Saya bayar seperti biasa. Semasa terjumpa dalam satu acara, saya berikan lagi duit kepadanya. Saya katakan akan bayar semua. Kalau ikutkan saya tak mahu kerana dia kurang ajar,” katanya.

Razmi juga mendedahkan jurugambar berkenaan seringkali membuat ugutan dan memalukan mereka.

“Setiap kali jumpa di tempat event saya takut kerana dia selalu ugut, tengking dan malukan kami. Kami bukannya kaya seperti pereka fesyen lain, kami sederhana sahaja.

“Semalam semasa Datuk Seri Vida turun ke bawah, tiba-tiba Razman kena pukul. Kalau dia kena serangan jantung macam mana?

“Kita bukan tak bayar hutang, cakap baik-baik dengan semua orang. Janganlah buat hidup orang macam ni, mencari rezeki. Tak baik macam tu,” katanya.

Related Posts