Anwar muat naik video ‘Saya Ulang’, minta rakyat ‘Tunggu Sekejap’ sebelum umum esok | The Reporter

Anwar muat naik video ‘Saya Ulang’, minta rakyat ‘Tunggu Sekejap’ sebelum umum esok

Anwar Ibrahim dalam gaya video VHS dengan kapsyen "Saya ulang"
Anwar muat naik video ikonik “Saya Ulang” sebagai teaser pengumuman khas jam 10:30 pagi esok

Menjelang pengumuman besar jam 10:30 pagi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mencetuskan perhatian luar biasa di media sosial selepas memuat naik satu video teaser dramatik di Instagram peribadinya, menjelang beberapa jam sebelum pengumuman yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia esok pagi.

Video berdurasi 12 saat itu menyelitkan rakaman lama dan suara Anwar yang berkata, “Saya ulang… hari ini menang, esok harga minyak turun,” sebelum disudahi dengan petikan ikonik lagu “Tunggu Sekejap”.

Ucapan asal itu sebenarnya merujuk kepada kenyataan Anwar pada tahun 2008, ketika membidas kerajaan kerana harga minyak tempatan lebih mahal berbanding Arab Saudi. Beliau menyatakan, jika rakyat memberi kemenangan kepada pembangkang, penurunan harga minyak boleh direalisasikan segera.

Sejak itu, frasa berkenaan menjadi meme politik terkenal, sering dijadikan bahan sindiran terhadap beliau sebagai simbol kepada pengumuman yang ‘tak kunjung tiba’ atau janji politik yang diputar semula.

Baca juga:

Troll politik jadi senjata komunikasi

Namun kali ini, Anwar memilih untuk menggunakan semula frasa ikonik tersebut dalam bentuk suntingan moden yang kreatif dan dramatik, seolah-olah menghidupkan kembali detik-detik penting dalam sejarah ucapannya. Gaya persembahan visual yang unik, digabungkan dengan elemen nostalgia serta muzik latar klasik, menjadikan video itu bukan sahaja menarik perhatian tetapi turut mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan rakyat.

Pendekatan ini dilihat sebagai usaha memperkuat keterhubungan dengan khalayak, khususnya golongan yang pernah mengikuti perjalanan politik beliau sejak sekian lama. Dalam tempoh hanya beberapa jam sebelum pengumuman rasmi dibuat, video tersebut berjaya mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, sekali gus meletakkan harapan tinggi terhadap bentuk penghargaan yang bakal diumumkan esok.

Dengan kapsyen ringkas dan lagu latar “Tunggu Sekejap”, ramai menjangkakan ia akan menjadi satu pengumuman penting, sama ada bantuan kewangan langsung, pengurangan beban kos sara hidup atau langkah simbolik lain untuk memenangi semula hati rakyat menjelang fasa politik yang kian mencabar.

Sumber: Instagram @anwaribrahim_my | Arkib Ucapan Anwar 2008

Related Posts