'Saya mohon maaf kerana janji ini mengambil masa untuk dilaksanakan' - Anwar | The Reporter

‘Saya mohon maaf kerana janji ini mengambil masa untuk dilaksanakan’ – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dalam siaran rasmi, berlatarbelakangkan pejabat dan bendera Malaysia.
PM Anwar mohon maaf kerana janji harga RON95 ambil masa, tapi kini diumum turun kepada RM1.99 seliter akhir September ini. | Kredit gambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim

18 juta rakyat akan dapat manfaat subsidi disasar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025, khusus untuk rakyat Malaysia. Penurunan ini hasil pelaksanaan subsidi bersasar, berbanding harga pasaran semasa RM2.50 seliter.

Beliau berkata, inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih 18 juta rakyat termasuk golongan belia, penunggang motosikal dan pengusaha ekonomi gig.

“Alhamdulillah, hari ini kita mulai tuai hasilnya,” ujar beliau dalam satu hantaran di Facebook.

Baca juga:

PM akui janji ambil masa, fokus pulih ekonomi

Dalam nada rendah diri, Anwar turut memohon maaf kerana pelaksanaan janji menurunkan harga minyak mengambil masa. Beliau menjelaskan, sewaktu beliau mengambil alih tampuk pemerintahan, negara dibelenggu hutang tinggi dan ekonomi yang suram.

Namun begitu, beliau menegaskan usaha berterusan dilakukan melalui pelaburan, peluang pekerjaan dan dasar pemulihan ekonomi.

“Saya mohon maaf kerana janji ini mengambil masa untuk dilaksanakan. Ketika amanah ini dipikul, negara dibebani hutang tinggi dan ekonomi yang suram. Tapi saya tidak pernah berhenti berikhtiar menarik pelaburan, menjana peluang dan merintis jalan keluar.

“Saya dan seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus berjuang memulihkan ekonomi untuk menjamin keselesaan dan mengangkat darjat setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Related Posts