Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan komited untuk melaksanakan agenda reformasi, termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan cadangan ini perlu melalui proses rapi serta mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen sebelum dapat direalisasikan.
“Ada cadangan yang saya setuju, mengehadkan tempoh Perdana Menteri (kepada) 10 tahun. Kerana kita tahu, kalau sampai 22 tahun, boleh rosak negara,” katanya memetik laporan Harian Metro, Ahad, 16 Mac 2025.
Anwar turut menegaskan beliau tidak berhasrat memegang jawatan terlalu lama, malah mengakui tugas yang dipikulnya dalam tempoh dua tahun ini sudah cukup mencabar.
- ‘Reply titik pun jadilah’ – Abang JNT
- Lelaki maut ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi
- Mikhael luah rasa syukur ibu lafaz syahadah
- Model Rusia buat laporan polis, dirakam TikToker buat live berunsur lucah
- 45 pelajar cemerlang ditolak universiti Korea Selatan kerana rekod buli
“Jangan bimbang, kalau saya tak mungkin lepas 10 tahun. Dua tahun pun sudah penat,” katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menekankan bahawa pindaan perlembagaan ini merupakan sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan (PH) yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 24 bulan. Beliau juga menegaskan sokongan penuh DAP terhadap kepimpinan Anwar, termasuk pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
“Kita bukan minta Anwar berhenti, tapi pindaan ini akan jadi legasi kepada beliau dalam sistem pentadbiran negara,” katanya.
Dalam ucapan sama, Anwar turut menegaskan komitmen kerajaan terhadap pelbagai reformasi termasuk pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta pindaan berkaitan kuasa wanita dalam perlembagaan.








