Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyebaran maklumat yang tidak tepat mengenai kenaikan harga minyak dan isu geopolitik boleh mengelirukan rakyat.
Beliau menyifatkan dakwaan dan pandangan tersebut bersifat dangkal dan mengelirukan rakyat.
“Ulama terkenal yang ada banyak pengikutnya yang memberi pandangan, umpamanya dengan mengatakan tak betul, minyak tak naik, di Malaysia saja naik. Itu amalan kedangkalan ilmu yang ketara. Tapi diselubungi oleh fahaman agama dalam Al-Quran sehingga menyebabkan orang agak percaya. Tapi dia tidak membantu, malah mengelirukan,” katanya.
Baca juga:
- ‘Tiada pelanggaran SOP iring banduan’ – Jabatan Penjara
- Kanak-kanak 7 Tahun alami kecederaan serius, 50% saraf kaki rosak akibat dilanggar kereta
- Raih 10A1 SPM, lelaki kongsikan kisah pengorbanan cikgu Matematik
Menyentuh isu Selat Hormuz, Perdana Menteri menjelaskan bahawa walaupun laluan itu kritikal bagi 20% bekalan minyak dan gas dunia, Malaysia berjaya menguruskannya dengan baik berkat hubungan diplomatik yang mantap.
“Kalau soal laluan, Alhamdulillah hubungan baik kita dengan Iran menyebabkan kapal Petronas telah melepasi dan dalam beberapa hari ini akan sampai ke Pengarang, insyaAllah. Tetapi ia tidak berakhir di situ. Kos minyak yang lama yang diambil sebelum perang tersangkut di Hormuz dan sekarang beralih ke Pengarang. Itu kosnya meningkat kerana kos insurans telah melepasi 100%,” jelasnya.
Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoalkan kenaikan harga minyak di semenanjung Malaysia dan menegaskan bahawa tidak ada sebab untuk kenaikan harga minyak di Semenanjung Malaysia, berbanding Sabah dan Sarawak, memandangkan Malaysia tidak termasuk dalam sekatan Iran di Selat Hormuz.
Beliau berkata, Malaysia memiliki telaga minyak dan gas sendiri serta pelbagai sumber lain yang boleh dimanfaatkan bersama negara-negara Islam, namun isu sebenar adalah kebocoran dan salah laku dalam pengurusan sumber.








