Anggota komando ditahan, disyaki cuba menodai gadis dikenali melalui game ML - The Reporter

Anggota komando ditahan, disyaki cuba menodai gadis dikenali melalui game ML

Gambar hiasan | Wikipedia

Seorang anggota polis berusia 29 tahun yang bertugas di Ulu Kinta, Perak, telah ditahan oleh pihak berkuasa pada 10 Mei lalu.

Suspek yang dipercayai daripada unit komando itu ditahan untuk siasatan atas dakwaan cubaan menodai seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Telok Panglima Garang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, suspek ditahan selepas seorang lelaki melaporkan bahawa dia telah terserempak dengan suspek di dalam rumahnya pada awal pagi.

Suspek dikatakan bersembunyi di belakang pintu sebuah bilik di rumah tersebut.

Suspek kemudian mengaku bahawa dia memasuki rumah tersebut dengan niat untuk melakukan hubungan intim dengan anak perempuan pengadu.

Siasatan awal mendapati bahawa suspek dan mangsa berkenalan melalui aplikasi permainan ‘mobile legend’.

Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama tujuh hari bermula 11 Mei.

Kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan telah dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!