Anggota JPJ akan gunakan kamera badan untuk tingkatkan ketelusan & perlindungan | The Reporter

Anggota JPJ akan gunakan kamera badan untuk tingkatkan ketelusan & perlindungan

Kamera badan JPJ

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan penggunaan kamera badan untuk anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diperkenalkan bagi meningkatkan ketelusan dalam penguatkuasaan, terutamanya melibatkan kenderaan berat.

Loke menjelaskan, penggunaan kamera badan ini bukan hanya untuk menjaga imej dan integriti anggota JPJ, tetapi juga sebagai perlindungan kepada mereka semasa menjalankan tugas.

“…kadangkala anggota-anggota (JPJ) kita juga dicemuh, dihina, dituduh macam-macam. Jadi, dengan adanya kamera badan ini, anggota JPJ dilindungi kerana apa sahaja bukti semasa mereka menguasakan undang-undang dapat dirakam,” katanya.

Sebelumnya, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, turut menekankan pentingnya langkah ini untuk meningkatkan keselamatan dan integriti dalam kalangan anggota bertugas.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, juga menyatakan, kamera badan tersebut dapat mengelakkan salah tafsir dan meningkatkan integriti pasukan penguat kuasa.

Loke turut memaklumkan, perbincangan dengan Kementerian Kewangan sedang dijalankan untuk mendapatkan peruntukan bagi perolehan kamera badan tersebut, dengan sasaran agar anggota JPJ dilengkapi pada tahun ini.

Sumber: Bernama

Related Posts