Anak tikam bapa tiri ketika bergaduh mengenai cara memasak telur goreng | The Reporter

Anak tikam bapa tiri ketika bergaduh mengenai cara memasak telur goreng

Anak tikam bapa tiri

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Polis Pattaya bersama pasukan penyelamat dari Yayasan Sawang Boriboon bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan tentang pergaduhan ganas di sebuah bilik sewa di Soi Paniadchang 8, Pattaya Tengah pada 12 Januari.

Setibanya di tempat kejadian, polis mendapati, mangsa, Krisada Matcha, 36, sedang berlari menuruni tangga sambil meminta bantuan dengan keadaan berlumuran darah. Sebilah pisau kelihatan tertusuk di kepala mangsa.

Pasukan penyelamat segera memberikan rawatan awal sebelum membawanya ke Hospital Banglamung untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Di lokasi kejadian, polis menemui anak tiri mangsa, Sathaporn Chieaplaem, 35, yang turut mengalami kecederaan dengan kesan darah di kepalanya. Sathaporn mengaku dia telah menikam bapa tirinya selepas mendakwa mangsa menyerangnya terlebih dahulu.

Menurut Sathaporn, pertelingkahan bermula apabila Krisada memukulnya dengan mangkuk sup sehingga menyebabkan kecederaan di kepala. Dalam keadaan marah, Sathaporn mencapai pisau tajam dan menikam bapa tirinya.

Sathaporn turut menjelaskan bahawa punca utama pergaduhan mereka sering berkait dengan ketidakpuasannya terhadap kehadiran bapa tirinya yang tinggal bersama ibunya.

Pada hari kejadian, pergaduhan bermula dengan isu cara memasak telur goreng sebelum bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

Polis telah menahan Sathaporn untuk siasatan lanjut di Balai Polis Pattaya, manakala mangsa kini dirawat di hospital dan berada di bawah pemantauan doktor. – Agensi

Related Posts