Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Saya tinggalkan anak ketiga dan keempat di tingkat atas, berlari turun ke bawah ambil kunci rumah, buka pintu dan grill. Tolak anak kedua keluar rumah sambil itu saya menjerit sekuat hati minta anak ketiga keluar dari bilik air di tingkat atas. Anak kecil usia 2 tahun juga masih di atas. Saya berlari naik ke atas selamatkan si kecil dan minta anak sulung dukung dan keluar dari rumah.
Alhamdulillah api padam. Jatuh terduduk saya selepas itu, lembik kaki. Menggeletar satu badan. Diam tak terkata atas lantai. Kemudian mak, abah dan suami sampai. 45 minit berlalu, Bomba masih belum tiba. Bayangkan jika tiada pemadam api, bagaimana keadaan api dan rumah. Allahuakhbar.
Panggil orang berpengalaman untuk periksa pendawaian elektrik. Saya difahamkan oleh pihak Bomba, soket longgar di Main Switch Box dan ia mengakibatkan percikan api berlaku.












