'Anak-anak tak minta dilahirkan ke dunia, jangan nak ungkit penat lelah mengandung' - Peguam Asiah Abd Jalil akui hatinya terobek baca luahan ibu Shila Amzah - The Reporter

‘Anak-anak tak minta dilahirkan ke dunia, jangan nak ungkit penat lelah mengandung’ – Peguam Asiah Abd Jalil akui hatinya terobek baca luahan ibu Shila Amzah

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Aktivis dan peguam terkenal, Asiah Abd Jalil, mengakui hatinya bagaikan terobek apabila membaca luahan hati ibu kepada penyanyi Shila Amzah, Fauziah Samran, yang tular di media sosial semalam.

Menerusi hantaran di Facebook itu, Asiah berkata, beliau tidak menyalahkan Shila, tetapi Fauziah yang mengungkit dan mengharapkan balasan buruk terhadap anak sulungnya itu.

“…bila saya baca luahan hati ibu Shila Amzah, jiwa keibuan saya rasa seperti dirobek-robek. Bukan kerana saya marahkan Shila Azah. Tetapi kerana saya marahkan ibunya.

“Saya paling benci ibu bapa yang mengungkit-ungkit jasanya kepada anak, ibu bapa yang mudah berkecil hati dengan anak, yang mengharapkan balasan buruk ke atas anak.

“Ibu bapa yang sentiasa merasakan diri mereka sentiasa betul kerana mereka adalah ibu bapa. Serta mengharapkan anak sahaja mesti minta maaf kepada ibu bapa kerana mereka tidak pernah bersalah,” katanya.

Menurut Asiah, anak-anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia. Ibu bapa yang memilih untuk melahirkan mereka.

“Jadi jangan nak ungkit tentang penat lelah mengandung dan sakit payah melahirkan. You sign up for that.

“Anak-anak tak boleh pilih siapa ibu dan ayah mereka. Apabila dilahirkan, mereka kena terima sahaja siapa ibu dan ayah mereka. Jangan mengharap anak-anak kita sempurna, sedangkan diri kita sendiri bukanlah sempurna serba-serbi.

“Satu hari nanti, anak-anak akan dewasa dan ada kehidupan mereka sendiri. Sama ada mereka akan kenang dan balas jasa ibu bapa atau tidak, itu tidak penting. Yang penting, kita sebagai ibu bapa sudah melaksanakan tanggungjawab kita sebaiknya semasa membesarkan mereka,” katanya.

Terdahulu media sosial kecoh dengan konflik keluarga Shila Amzah yang berpunca dari tindakan adik beradik penyanyi itu tidak berpuas hati dengan keputusan Shila menjual rumah miliknya yang juga didiami oleh ibu dan adik beradiknya lain. – The Reporter

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!