Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan, tujuh kes jenayah berlaku termasuk kejadian rogol yang berlaku di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dicatatkan sepanjang banjir gelombang pertama baru-baru ini.
Enam kes jenayah lain katanya melibatkan empat kes pecah rumah, satu kes berkenaan curi kenderaan motosikal dan satu lagi kes melibatkan cabul.
Kejadian rogol yang dilaporkan ujarnya membabitkan seorang mangsa berusia 15 tahun dan suspek merupakan seorang buruh binaan yang berusia 23 tahun.
Mangsa dikatakan berkenalan dengan suspek di sebuah stor di PPS dan kejadian berkenaan berlaku pada jam 12.30 malam pada 2 Disember lalu.
“Kejadian itu diketahui abang mangsa dan mereka mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu selepas disoal siasat oleh keluarga.
“Laporan polis dibuat sebelum suspek ditahan pada 6 Disember dan direman selama tujuh hari,” katanya.
Semasa pertuduhan dibacakan di Mahkamah Syariah Kota Bharu, suspek tidak mengaku bersalah dan tiada sebarang jaminan ditawarkan.
Sumber: Berita Harian








