Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, Jemaah Menteri bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean City untuk meneruskan semula operasi pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat MH370.
Keputusan itu ujarnya dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet pada 13 Disember lalu.
Beliau berkata, pihaknya bersama Ocean Infinity sedang di peringkat akhir perbincangan untuk mencari pesawat Malaysia Airlines itu yang menelan belanja sebanyak RM315 juta.
Bagaimanapun, pesetujuan berkenaan berdasarkan syarat ‘tiada penemuan, tiada bayaran’.
Lokasi pencarian tertumpu di lokasi baharu seluas 15,000 km persegi di Selatan Lautan Hindi.
“Lokasi kawasan pencarian baharu yang dicadangkan oleh Ocean Infinity adalah berasaskan kepada maklumat serta analisis data terkini yang dibuat oleh pakar dan penyelidik,” katanya.
Sumber: Berita Harian, Majoriti








