Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon veteran Lan Zailan disahkan telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira jam 4.24 pagi tadi.
Memetik laporan dari Sinar Harian, perkhabaran duka itu disampaikan oleh isterinya, Ruby Sara Omar yang setia berada disisi Allahyarham.
“Saya dan anak-anak berada di sisi Allahyarham ketika dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Katanya, Allahyarham dimasukkan semula ke PPUM pada Ahad selepas mengalami kesukaran bernafas dan keadaan dilaporkan semakin merosot.
Ujarnya lagi, melihat keadaan Allahyarham, doctor telah meminta keluarga bersedia dengan segala kemungkinan.
Sebelum ini, Allahyarham Lan Zailan dilaporkan menghidap kanser pada 27 November lalu.
Semasa dirawat di hospital, beberapa selebriti datang menziarahi Lan Zailan termasuklah Didie Alias.
Didie, dalam hantaran terbaharu di Instagram turut berduka dengan pemergian sahabatnya.








