Penyanyi dan pelakon, Amira Othman menegaskan beliau bersama suaminya, Fattah Amin tidak pernah menarik semula laporan polis dan aduan kepada pihak berkuasa berkaitan dakwaan fitnah serta gangguan siber yang berlaku terhadap mereka.
Menerusi hantaran di media sosial, Amira berkata ramai individu menghantar mesej dan menandakan(tag) akaunnya selepas timbul dakwaan bahawa mereka mahu menarik laporan bagi mencari identiti individu dikenali sebagai ‘Musang Berjanggut’ yang didakwa menyebarkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap mereka.
Menurut Amira, beliau terkejut membaca komen dan hantaran yang dibuat oleh akaun tersebut sehingga mendakwa perkara yang disampaikan amat keterlaluan.
“Salam. Penuh DM saya orang mesej dan tag saya dan suami supaya jangan tarik report untuk mencari siapa Musang Berjanggut yang telah pun memfitnah kami macam-macam.
“Bercakap perkara-perkara tidak elok. Saya baca pun seram. Tak takut ke pada Allah?” katanya.
Amira turut menjelaskan mereka sudah beberapa kali membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagi membincangkan isu berkenaan.
Baca juga:
- Amira Othman tak tarik laporan, mahu kesan ‘Musang Berjanggut’
- ‘Eton’ saya dah takdak’- Nina Fazurina
- Lydia Ibtisam meninggal dunia
Tindakan akaun palsu
Beliau mempersoalkan keberkesanan tindakan terhadap kes buli siber dan akaun palsu yang disifatkannya semakin berleluasa sekiranya tiada mekanisme kukuh diwujudkan untuk menangani masalah itu.
“Bukankah isu cyberbully ini harus dibanteras? Selagi tidak ada mekanisme yang dicipta untuk menyelesaikan semua ini, selagi itulah ia tidak akan selesai dan berleluasa kerana fake account ini tidak takut disebabkan Malaysia tidak ada tindakan tegas,” katanya.

Dalam pada itu, Amira berkata nasihat supaya mangsa tidak membaca komen negatif bukan penyelesaian kerana perkara itu boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosi individu yang terkesan.
Laporan tidak ditarik
Katanya, laporan tersebut tidak akan ditarik kerana mereka mahu mengetahui identiti sebenar individu yang didakwa berani berselindung di sebalik akaun palsu.
“Kami tidak akan menarik report sebab kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani berselindung di sebalik fake account.
“Mungkin dengan kuasa netizen dan kuasa viral, isu ini dapat diselesaikan,” ujarnya.
Amira turut menggunakan tanda pagar #saynotocyberbully sebagai seruan agar tindakan lebih tegas diambil terhadap kegiatan buli siber.









