Amir Raja Lawak dedah pula rakan lama berhutang | The Reporter

Amir Raja Lawak dedah pula rakan lama berhutang

Amir Raja Lawak luah kecewa bayaran kerja teater masih belum dijelaskan selepas tujuh tahun.
Amir luah rasa kecewa sudah tujuh tahun menunggu bayaran. Gambar: FB Amir Raja Lawak

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Beberapa hari lalu pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak mendedahkan sebuah stesen televisyen belum melunaskan bayaran tertunggak sebanyak RM18,000 kepadanya Susulan itu juga, beliau terpaksa menjual kereta Proton Juara kesayangannya kerana untuk menampung keperluan yang mendesak.

Pendedahan itu telah membuatkan ramai yang bersimpati dengan nasib Amir. Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Syerleena juga menyelar stesen televisyen berkenaan yang menyifatkan tindakan tersebut adalah zalim.

Belum reda isu dengan stesen televisyen, Amir pula mendedahkan tentang hutang yang belum dibayar oleh rakannya yang dipercayai individu yang terlibat dalam industri seni.

Amir meluahkan rasa kecewa apabila bayaran hasil penglibatannya dalam sebuah pementasan teater masih belum diselesaikan walaupun sudah berlalu hampir tujuh tahun.

Baca juga:

Menurut Amir, beliau pada waktu itu terlibat sebagai tauke panggung atau pengacara bagi teater yang dianjurkan oleh sekumpulan rakan artis. Namun apa yang mengecewakan, wang bahagiannya yang sepatutnya dibayar oleh rakan kongsi sendiri telah diseleweng dan digunakan tanpa pengetahuannya.

“Masa tu saya tak tekan pun dia. Saya fikir tak apalah, nanti dia bayar. Tapi dah lama macam ni maksudnya payment partner saya tu dah clear la. Patutnya bila dah clear, duit tu bagi la dekat saya, bukan dia diam pakai,” katanya.

Tambahnya, walaupun individu terbabit ada membuat bayaran secara berperingkat, namun jumlahnya sangat kecil dan selebihnya dibiarkan begitu sahaja.

“Dia ada bagi jugak, tapi ni dah berapa tahun senyap… Tinggal ratus-ratus je lagi. Padahal dia punya job sitkom banyak season buat. Bukan orang tak perhati, cuma sengaja diam je sebab nak tengok perangai macam mana,” katanya.

Lebih mengejutkan, Amir mendedahkan individu berkenaan turut memegang jawatan dalam sebuah persatuan artis.

“Amanah pun tak boleh jaga, nak join persatuan konon. Duit orang tu bagi la! Kalau bagi RM10 sebulan pun dah lama setel kot ni,” tegas Amir.

Related Posts