Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sebelum ini tular di TikTok mengenai adik Alisa Umairah yang gemar duduk di dalam peti ais kerana kepanasan selepas membuat kimoterapi.
Situasi berkenaan telah mengundang emosi ramai dan sedih melihat keadaan Alisa lebih-lebih lagi apabila mengetahui Alisa baru sahaja menjalankan pembedahan mata beberapa bulan lalu.
Keadaan Alisa juga telah mengundang rasa simpati selebriti, Elly Mazlein yang telah berkunjung untuk melawat Alisa di Johor baru- baru ini.
Bagaimanapun, khabar sedih yang diterima apabila dimaklumkan Alisa kini berada dalam keadan kritikal.
Menerusi perkongsian di Instagram stesen radio era.je, Elly Mazlein sekali lagi berkunjung ke hospital untuk melihat keadaan Alisa.
Beliau juga dirakam setia menunggu di bangku hospital untuk mengetahui perkembangan Alisa.
“Adik Alisa masih berada di wad ICU dan dibawah pantauan doctor. Teruskan berdoa untuk adik Alisa,” tulis radio Era menerusi Insta Story.