Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Walau tidak lagi bergelar suami, Aliff Aziz tidak menyimpan sekelumit pun dendam terhadap bekas isterinya, Bella Astillah. Malah, apabila ditanya tentang hubungan Bella yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, penyanyi kelahiran Singapura itu hanya menjawab dengan tenang.
“Kalau itu kebahagiaan buat mereka, saya reda dan doakan yang terbaik.”
Itulah sisi Aliff yang jarang dilihat ramai, seorang lelaki yang memilih untuk menyembuhkan luka dengan doa, bukan amarah. Di saat nama Bella kembali menjadi bualan kerana fenomena #BASS, Aliff pula lebih selesa menjarakkan diri daripada tumpuan, menumpukan kepada satu perkara, iaitu anak-anak.
Baca juga:
- Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius
- Anak Norish Karman sebak terima puluhan ribu sebagai gaji daripada Aliff Syukri
- ‘Kami orang tengah sahaja’ – Aliff Syukri, Shahida serah RM40,000 buat Azar Azmi
Rasa rindu terhadap anak-anak yang tak terucap
Bukan glamor, bukan kontroversi. Tetapi kehilangan hubungan dengan Ayden dan Ara yang paling mencengkam perasaan Aliff. Sudah lebih setahun Aliff tidak bertemu mahupun mendengar suara dua cahaya matanya. Bahkan untuk menonton video mereka pun, katanya terlalu berat dan air mata terlebih dahulu gugur sebelum sempat menonton sampai habis.
“Doa saya setiap hari adalah untuk dapat lihat mereka semula… Daddy sentiasa ingat dan doakan Ayden dan Ara,” luahnya dalam nada sebak.
Tarikh lahir anak-anak iaitu 8 Julai dan 18 Julai tetap diingati. Tetapi hadiah yang paling beliau mahu beri bukanlah barang mainan mahal, sebaliknya satu pelukan semula.
Antara nak bersuara dan memilih diam
Aliff tidak menyembunyikan pergolakan yang bersarang, antara mahu menceritakan apa yang terbuku atau memilih diam demi menjaga sensitiviti keluarga. Dunia luar mungkin melihat dirinya sebagai pesalah abadi, tapi hanya dia tahu konflik batin yang dilalui setiap kali namanya disebut di media.
“Kadang-kadang saya nak cerita semuanya. Tapi bila fikirkan kesan terhadap anak-anak dan keluarga, saya jadi serba salah,” katanya jujur.
Kata orang, masa akan menyembuhkan segalanya. Tapi buat Aliff, masa itu tidak datang dengan kepastian. Lalu dia hanya menggenggam satu harapan, “Kalau ada takdir, saya mahu mereka tahu semuanya dari mulut saya sendiri.”








