Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kejayaan yang dikecapi oleh pempengaruh Khairul Aming tidak dapat disangkal lagi.
Bukan sahaja tular berjaya sebagai usahawan, malahan dia juga dipuji kerana menjadi seorang majikan yang begitu mementingkan kebajikan pekerja.
Umum mengetahui jualan produk Dendeng Nyet yang dijual sering mendapat perhatian ramai.
Sebaik sahaja dia mengumumkan jualan produk berkenaan di mana-mana platform jualan, sekelip mata sahaja habis terjual. Siapa yang terlambat, memang akan terlepas peluang dan terpaksa menunggu keluaran seterusnya.
Menerusi hantaran terbaharu di jaringan X, Khairul Aming memaklumkan 1.2 juta paket Dendeng Nyet terjual.
Manakala satu lagi produk keluarannya, Sambal Nyet hampir mencecah 4 juta botol keluaran.
“Alhamdulillah hari ni dah lebih 1.2 juta paket Dendeng Nyet terjual, dan Sambal nyet juga dah on the way nak cecah 4 juta botol.
“Terima kasih kepada semua yang support kita dari 4 tahun lepas,” katanya.








