Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Solat merupakan satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh umat Islam tidak kira di mana sahaja berada.
Memetik artikel dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, meninggalkan solat sama ada dengan sengaja atau tidak merupakan satu dosa yang sangat besar dan diberi amaran dengan ancaman yang berat di sisi syarak.
Bahkan mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengingkari kewajipannya, para ulama bersepakat bahawa mereka itu terkeluar daripada agama Islam dan dihukum sebagai kafir.
Sebelum ini, ada yang mempertikaikan peserta larian marathon yang didakwa tidak menunaikan kewajipan mereka.
Namun, menerusi satu hantaran video TikTok pulau rotan, peserta marathon dipuji menunaikan tanggungjawab mereka walaupun solat di tengah jalan raya.
Dalam video berkenaan, peserta marathon dirakam berdiri di depan sebuah plaza tol sambil menunggu azan Subuh tamat.
Difahamkan, larian sudah bermula seawal jam 3.30 pagi dan mereka berhenti seketika untuk tunaikan solat.