'Aku percaya Hafiz tak berniat buat content' - Erma Fatima | The Reporter

‘Aku percaya Hafiz tak berniat buat content’ – Erma Fatima

Sumber gambar: Instagram Erma Fatima

Beberapa hari lalu, netizen mengecam tindakan pempengaruh sensasi, Hafiz Mahamad yang dituduh menjadikan ibadah umrah sebagai konten di media sosial.

Susulan kecaman itu, Hafiz telah memadamkan video tersebut dan menafikan tuduhan membuat konten ketika beribadah. Menurut Hafiz, dia hanya sekadar merakam video untuk dijadikan sebagai kenangan dan menunjukkan situasi sebenar di mana mereka perlu bergelut dengan jemaah lain untuk mencium hajar aswad.

Isu ini turut mengundang perhatian pengarah dan pelakon, Erma Fatima yang percaya bahawa Hafiz tiada niat untuk menjadikan perkara itu sebagai konten.

“Inilah hakikat yang harus dilalui kalau kita nak cium hajar aswad. Itu kebenarannya. Tak usaha macam tu, memang takkkan dapatlah.

“Aku percaya dia tak berniat untuk buat content kerana aku pun pernah melalui situasi itu. Aku sanggup redah semata-mata nak bagi kawan-kawan yang tak pernah dapat cium hajar aswad.

“Memang bukan sesuatu yang wajib, tetapi nikmatnya bila dapat cium adalah apa yang siapa saja yang pergi nak rasa. Cuma tahap kesanggupan untuk redah itu bergantung pada diri masing-masing,” katanya.

Bagi Erma, hanya Allah sahaja yang tahu niat Hafiz yang berbuat demikian untuk memberi sahabat-sahabatnya merasai nikmat itu.

“Walaupun dia seorang influencer, saat itu dia lakukan bukan kerana dia influencer, tetapi satu perjuangan.

“It’s okay Hafiz, kau berjaya memberi sahabat-sahabatmu menikmati rasa itu,” ujarnya.

Sumber: Instagram Erma Fatima

Related Posts