'Aku jawab je baby tak gerak' - Ibu hamil akui sengaja menipu sebab malas bekerja | The Reporter

‘Aku jawab je baby tak gerak’ – Ibu hamil akui sengaja menipu sebab malas bekerja

ibu hamil menipu sebab malas bekerja
Gambar hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tindakan seorang wanita hamil yang mengakui berpura-pura bayinya kurang bergerak semata-mata untuk tinggal lebih lama di wad hospital mencetuskan kemarahan ramai. Wanita tersebut, yang dikenali sebagai Cik Bunga di media sosial, turut mendedahkan alasan di sebalik tindakannya adalah kerana “malas nak kerja dan tak sabar nak cuti panjang.”

Dalam kenyataan yang dimuat naik, wanita itu berkata:

“Aku pergi PAC serah diri dengan reason baby kurang bergerak, sebab aku dah malas nak kerja dan tak sabar nak cuti panjang. Tapi sebenarnya dia gerak okay je.

“Seminggu kena warded, segala induce dah pakai, anak aku tetap tak nak keluar. Sepanjang warded tu, setiap kali nurse tanya baby gerak okay tak, aku jawab je tak sebab takut kena halau balik.”

Gambar tangkap layar yang sedang tular di media sosial | Sumber: netizen

Pengakuannya itu menimbulkan kemarahan netizen, yang menyifatkan tindakannya sebagai tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

“Anak kurang gerak bukan perkara main-main. Kalau betul-betul jadi apa-apa, siapa nak jawab? Malas kerja pun jangan sampai buat begini,” kata netizen.

Selain itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman perit apabila mereka atau ahli keluarga benar-benar memerlukan rawatan tetapi terpaksa menunggu kerana wad bersalin penuh.

“Aku pernah kena tolak sebab wad penuh. Masa tu bukaan rahim dah 3cm. Kalau ramai buat perangai macam ni, ibu yang betul-betul sakit jadi mangsa,” luah netizen lain.

Ada yang menyatakan kekesalan terhadap sikap wanita itu yang dianggap menyusahkan petugas kesihatan dan pesakit lain.

“Hospital kerajaan dah sesak. Ramai ibu lain tunggu giliran bersalin. Dia pula sengaja menipu sebab malas kerja. Selfish!”

Related Posts