Tular sebelum ini, dakwaan mengatakan seorang selebriti wanita yang berstatus janda dilanda kontroversi. Selebriti yang dulunya merupakan rakan baik kepada Didie Alias dikatakan mempunyai hubungan terlarang.
Menerusi satu temubual bersama Melodi, Didie Alias mengakui beliau sudah lama tidak berhubung dengan rakannya itu.
“Aku pun dah tak berhubung dengan dia dah. Kalau kau rasa ke arah itu balik untuk kebahagiaan kau, aku tak boleh menghalang. Salah tetap salah. Aku dah cuba sebaik mungkin untuk bantu, tapi kehidupan ni kau yang pilih.
“Kalau kau berdoa untuk rezeki yang halal, tapi kau buat perkara yang tidak halal, akan jadi kekangan.
“Kawan-kawan kita makin kurang. Kalau kita pergi, biarlah kita tinggalkan nama yang cantik,” katanya.
Didie juga turut memberikan peringatan kepada rakannya itu tentang anak-anaknya.
“Kau kena ingat, kau ada anak remaja. Anak kau tu bijak. Aku kesian sangat dengan anak kau tu. Kau cakap anak kau sekolah, sebenarya anak kau tak sekolah. Kau kerja 24 jam kau bekerja untuk siapa? Aku dah tak percaya kau dah,” katanya.
Dalam masa yang sama, Didie turut mendoakan kebaikan buat rakannya itu.
“Mungkin aku tak cari kau, tapi aku mampu doakan kau dari jauh, semoga Allah bukak pintu hati kau kembali kepada nama sebenar kau.
“Aku tahu apa benda yang kau buat, kau tipu aku, kau pusing semua tu.
Didie juga meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sahabatnya itu yang sudah menganggap persahabatan mereka akan sampai ke liang lahad.
“Untuk mengaibkan dia tidak, tapi dia yang mengaibkan diri sendiri. Cara perhubungan tu cara yang salah.
“Aku dah nasihat kat kau sepenuhnya. Walau macam mana pun buruk baik kau pun, aku sayang kau, anak-anak dan cucu kau,” katanya.
Sumber: Melodi








