Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita membuat hantaran di media sosial mendakwa anak perempuannya telah dikasari oleh pengasuh di sebuah taska sehingga menyebabkan mangsa trauma.
Pengadu tidak menyangka, amanah dan kepercayaan yang diberi kepada pihak taska itu dengan bayaran RM1,300 setiap bulan dikhianati begitu sahaja.
“Aku terduduk rasa nak pitam bila dapat tahu. Beraninya pusat jagaan tipu depan muka kami. Ya Allah, aku bayar RM1,300 per month untuk keselesaan dan keselamatan anak aku, bukan untuk kau hempuk-hempuk anak aku!” katanya memetik laporan daripada Samudera.
Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas penemuan kesan lebam di tangan dan mangsa mengadu sakit di bahagian muka.
Mangsa menangis enggan ke taska, akui takut
Pengadu kemudian menuntut penjelasan daripada pihak berkenaan yang hanya memberi alasan terlanggar mangsa sehingga terjatuh. Tetapi semakan pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pula menunjukkan sebaliknya.
“3 Ogos 2023, anak menangis dan mengadu “Mama, tak nak pergi school, takut”. Saya telah memohon pihak taska semak CCTV kerana bimbang anak takut pergi school, sedangkan dia sudah lama di situ.
“Tetapi staff taska jawab, ‘Maaf puan, untuk CCTV kami tak dapat bagi tengok’,” katanya.
Selepas hampir sebulan, pengasuh tampil minta maaf
Pengadu cuba mendapatkan bantuan daripada HQ taska tersebut. Tetapi tiada siasatan menyeluruh dilakukan. Sehinggalah pada 30 Ogos 2023, salah seorang pengasuh tampil memohon maaf atas kecuaiannya yang terlanggar mangsa yang ketika itu sedang bermain dengan anak-anak asuhan lain.
“Tetapi kami mendapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan kanan serta lengan anak kami. Anak saya mengadu sakit semasa saya membasuh mukanya.
“Saya cuba memohon untuk tengok CCTV, pihak taska tidak memberi sebarang respon dan panggilan juga tidak dijawab,” ujarnya.
1 September 2023, pengadu sekali lagi menghubungi pihak HQ. Tetapi pengadu tidak dibenarkan memeriksa rakaman CCTV atas alasan ramai staff bercuti dan menghadiri mesyuarat. Pengadu diminta datang semula pada pagi Isnin.
CCTV tunjuk pengasuh hentak kepala mangsa di lantai
4 September 2023, suami pengadu telah pergi memeriksa rakaman CCTV dan mendapati salah seorang pengasuh bernama Athirah (suspek) telah mencubit dan menghempuk kepala anaknya ke lantai.


Ketika kejadian itu berlaku, ada beberapa kakitangan lain berada berhampiran tetapi tiada sebarang tindakan yang dibuat untuk menegur mahupun menghalang suspek daripada berbuat demikian.
Bimbang dengan keadaan kesihatan mangsa, pengadu telah membawa anaknya menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan dalaman.
Sumber: Twitter Samudera